Mendapat didikan awal di SK Bukit Lintang, Kota Tinggi dan SK Kem Terendak, Melaka. Mendapat didikan menengah di SMK Tun Habab sehingga Tingkatan 5. Melanjutkan pelajaran di MP Pasir Panjang Kuala Terengganu (1984-1986), Kursus Dalam Perkhidmatan Prasekolah di MP Mohd Khalid, Johor Bahru (1993)dan memiliki B.Ed (Hons) Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya (1999). Mula berkhidmat di SK Pusat Bandar Lok Heng (1986-1996), SMK Laksamana (1999-2000), Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi (2000-2004) dan SK Datuk Usman Awang (2004 hingga kini)